Kebun and dilanda banjir? Selamatkan tanaman anda dengan cara yang betul.
Β 
Tanaman yang sihat dipengaruhi oleh persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan. Benda bukan hidup dalam persekitaran seperti air, cahaya matahari, suhu, atmosfera, pH, kelembapan udara, angin, dan ketinggian tanah dari aras laut boleh mempengaruhi perkembangan tumbuhan secara langsung. Unsur-unsur ini dipanggil sebagai faktor abiotik.
Β 
Musim monsun di Malaysia kebiasaannya akan datang bersama curahan hujan yang tinggi hingga menyebabkan banjir yang berlarutan. Sebagai pengusaha tanaman, perkara ini sangat membimbangkan kerana tekanan faktor abiotik yang berterusan disebabkan banjir boleh menjejaskan dan memusnahkan tanaman secara total dalam kes-kes ekstrim. Namun, apa yang boleh anda lakukan sebagai pengusaha bagi memastikan tanaman anda dapat diselamatkan atau mengurangkan impak kerosakan?
π—§π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π——π—”π—₯𝗔𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—”π—Ÿπ—œπ—₯𝗔𝗑 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯ 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗠𝗔𝗑
Β 
Dari segi tindakbalas kimia, kadar penyerapan O2 oleh tumbuhan dalam keadaan banjir (waterlogged) adalah 10,000 lebih perlahan berbanding tanah yang memiliki pengudaran baik. Ketiadaan O2 yang mencukupi (keadaan anaerob) untuk jangka masa yang lama menyebabkan respirasi akar tersekat. Keadaan berair yang berpanjangan akan menyebabkan kematian akar tanaman. Justeru, tingkatkan pengudaraan dan saliran tanah. Buat saliran untuk mengalirkan air berlebihan di kawasan tanah atau pokok ke tempat lain. Gemburkan sedikit kawasan di bawah kanopi tanaman apabila keadaan cukup kering.
π—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—›π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π— π—¨π—žπ—”π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗨𝗑.
Β 
Setelah air surut, perhatikan jika ada tinggalan atau pemendapan lumpur di daun-daun tumbuhan. Mendapan lumpur yang melekat di daun akan mengurangkan kadar proses fotosintesis dengan menggangu proses pembukaan dan penutupan (aperture) stomata. Hal ini akan mengurangkan kadar pertukaran Oksigen (O2). Pengurangkan kadar fotosintesis yang ketara akan menghalang translokasi β€œproduk fotosintesis” daripada daun β€œsource” ke akar β€œsink”. Oleh itu, aktiviti pembersihan permukaan daun dengan melalukan atau menyembur air secara terus kepada tanaman yang dilihat mengandungi mendapan lumpur antara langkah penting untuk meningkatkan kadar fotosintesis dan seterusnya akan meningkatkan kadar translokasi photosyntates (spt sukrosa) ke bahagian akar. Selepas banjir, pertumbuhan akar baru adalah amat penting bagi menggantikan akar-akar yang rosak akibat banjir.
π—£π—˜π— π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—¦π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗛𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗨𝗑 π—¬π—”π—‘π—š π— π—”π—§π—œ
Β 
Perhatikan jika ada tanda-tanda yang tumbuhan telah mati, tapi jangan tergesa-gesa untuk mencantas dahan yang kelihatan mati. Dahan yang telah keguguran daun masih boleh diselamatkan selagimana ianya masih hijau dan kukuh (boleh dilentur). Berikan masa beberapa hari untuk dahan tersebut menghasilkan pucuk baru, anda hanya perlu menyediakan nutrien yang betul untuk tanaman menghasilkan pucuk baru. Cantas hanya dahan yang rosak secara fizikal dan yang sudah pasti mati.
π—šπ—¨π—‘π—”π—žπ—”π—‘ 𝗕𝗔𝗝𝗔 π—™π—’π—Ÿπ—œπ—”π—₯
Β 
Akar pokok juga boleh terdedah akibat hakisan tanah akibat banjir. Akar yang terdedah boleh mengering, rosak dan mudah diserang serangga perosak atau patogen.Kambus semula akar yang terdedah dengan tanah. Selain itu, akar pokok akan menjadi rosak apabila terendam dalam air (kurang bekalan O2) untuk jangkamasa yang panjang, menyebabkan proses penyerapan nutrien terjejas. Oleh itu, pokok memerlukan alternatif lain bagi menyerap nutrien semasa pokok membaiki dan menghasilkan akar-akar baru. Gunakan baja foliar kerana tumbuhan boleh menyerap element penting pertumbuhan melalui stomata daun. Pada masa selepas banjir, pengggunaan baja foliar adalah sangat efektif.
π—£π—˜π—₯π—œπ—žπ—¦π—” 𝗽𝗛 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛
Β 
Pada kebiasaannya, tanah di Malaysia adalah tanah berasid. Di sarankan untuk periksa pH tanah terlebih dahulu sebelum melakukan pengapuran (tabur dolomite atau kapur pertanian). Akan tetapi, secara asasnya tanah berasid akan menunjukkan peningkatan pH tanah selepas banjir. Ini disebabkan pengurangan potensi redox (redox potential) tanah disebabkan pertukaran Fe3+ kepada Fe2+ (Ferum). Justeru tiada keperluan pengapuran/dolomite jika pH tanah sedia ada dalam lingkungan 5.5-6.5. Jika tanah masih berasid, teruskan dengan pengapuran.
π—£π—˜π— π—•π—”π—π—”π—”π—‘ π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—žπ—”π—‘π——π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—‘π—œπ—§π—₯π—’π—šπ—˜π—‘ (𝗑) 𝗗𝗔𝗑 π—Ÿπ—”π—œπ—‘-π—Ÿπ—”π—œπ—‘
Β 
Kesan utama selepas banjir, adalah kekurangan unsur N dalam tanah (akibat larut lesap dan larian permukaan). Apabila tanah sudah cukup kering, berikan baja tinggi kandungan N. Antara baja yang sesuai dan dilarutkan untuk siraman adalah urea, potassium nitrate dan calcium nitrate. Pemberian baja kompaun NPK 15:15:15 juga boleh digunakan pada kadar yang rendah (30-50% daripada kadar biasa) atau dilarutkan adalah disarankan.
π—žπ—”π—ͺπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗖𝗨𝗑 π—žπ—¨π—Ÿπ—”π—§ π—£π—˜π—‘π—¬π—”π—žπ—œπ—§ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗔𝗑 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 (π—¦π—’π—œπ—Ÿπ—•π—’π—₯π—‘π—˜ π——π—œπ—¦π—˜π—”π—¦π—˜π—¦)
Β 
Banjir juga meningkatkan kadar jangkitan penyakit tanaman. Akar pokok yang terjejas akibat oksigen semasa banjir menyebabkan akar lebih mudah diserang oleh kulat atau patogen bawaan tanah. Dua penyakit kulat yang biasa menyerang pada musim banjir adalah Phytium (reput akar), Phytophthora (reput akar, mati rosot anak benih, bengkak cerana). Siram tanah β€œsoil drenching” dibawah kanopi pokok dengan racun kulat dengan bahan perawis Metalaxyl dan Fosetyl-Aluminium.

pic. source

Kesimpulannya, banjir merupakan bencana alam yang berada luar dari kawalan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengurangkan risiko kerosakan tanaman dengan menyelamatkan seberapa banyak tanaman yang kita mampu menggunakan kaedah yang dikongsi atau mana-mana kaedah yang dirasakan sesuai. Sama ada anda mengusahakan tanaman secara komersial ataupun secara sampingan, yang penting adalah, ilmu, pengalaman, dan kesabaran.
Dr. Rizal Ariffin

Dr. Rizal Ariffin

Soil Fertility & Plant Nutrition Lecturer, UPM Serdang

Pertanian selama dilihat sebagai satu gugusan kepakaran, minat, usaha, dan daya juang marhaen, selama itu kami-kami ini akan terus relevan. Saya ingin sangat membantu pejuang-pejuang marhaen di luar sana untuk merasa majunya pertanian dewasa kini, dan betapa banyaknya kekayaan baru telah dibina dalam usaha pertanian.

Dr. Mohd Rizal Ariffin

(Principal Advisor)

As the Founder of Pro Agro Resources (M) Sdn. Bhd, Dr. Mohd Rizal Ariffin currently assumes the roles as Strategic Advisor, Project Lead, and Administrative Director of the company.

Dr. Mohd Rizal Ariffin graduated from the University of Western Australia (MSc) and obtained his doctorate degree from Universiti Putra Malaysia (UPM). He is an accomplished senior lecturer and researcher at UPM with over 10 years of research experience, know-how and expertise in soil science. Through his wide array of fundamental knowledge and experience, he assists our clients in developing a solid roadmap and strategy to maximize the value of their agricultural projects and activities.